BLOG INI BERTUJUAN UNTUK KONGSISAMA MENGENAI PROGRAM DAN KEGIATAN YANG DIBUAT OLEH KAUNSELOR DI SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA ALI,KB. MELALUI BLOG INI JUGA DAPAT MENYALURKAN MAKLUMAT DENGAN CEPAT DAN SENANG KEPADA PENUNTUT-PENUNTUT.SEMOGA BLOG INI DAPAT DIMANFAATKAN SEPENUHNYA OLEH WARGA SEKOLAH.
Isnin, 26 September 2011
SESI MOTIVASI 'FINAL INJECTION'
Sesi Motivasi 'Final Injection' diadakan pada 21 dan 22 September 2011 bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan 'O' Level pada tahun ini.Objektif motivasi ini dijalankan :-
1. Untuk membuat perbandingan markah dan sasaran daripada hasil peperiksaan kelayakan BGCE 'O' Level yang telah dilaksanakan
2. Untuk meningkatkan lagi kesedaran penuntut bahawa keputusan yang telah dicapai setakat ini perlu diperbaiki untuk kejayaan mereka di masa hadapan
Selasa, 16 Ogos 2011
PROGRAM FORUM SINAR
PROGRAM FORUM SINAR BAGI TAHUN 7
Diadakan pada 10 Ogos 2011 di Library Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait. Sebanyak 5 agensi yang hadir iaitu dari Jabatan Kaunseling dan Kerjaya (BKK), Jabatan Sekolah-sekolah, Pusat Dakwah Islamiah, Jabatan Adat Istiadat Negara dan Pusat Promosi Kesihatan bagi menyampaikan forum tersebut. Program ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengetua Akademik iaitu Cikgu Osman Bin Rajap
Langgan:
Catatan (Atom)