I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Selasa, 3 Ogos 2010

PROGRAM INTERVENSI PELAJAR MENENGAH 5


PROGRAM INTERVENSI PELAJAR MENENGAH 5 TAHUN 2010 DI SEKOLAH MENENGAH PAP HJH RASHIDAH SA'ADATUL BOLKIAH, LUMUT PADA 31 JULAI 2010.




Penuntut melukis gambar uniform yang mereka ingin capai dalam cita-cita mereka.






Journey Line......penuntut membuat journey line kehidupan mereka sendiri









Penuntut menerangkan mengenai journey line mereka.









Perbincangan antara kaunselor perunding dengan kaunselor sepenuh masa.


Kaunseling kelompok.....






Kaunselor-kaunselor dan penuntut mendengar taklimat selepas kaunseling kelompok.







































































Khamis, 29 Julai 2010

SUDUT KERJAYA

Sudut kerjaya baru ditubuhkan oleh kaunselor dan guru kerjaya pada Julai 2010.















KEMPEN KEBERSIHAN PRS

Penuntut PRS membersihkan bilik kaunseling yang baru pada 28hb Julai 2010. Bilik ini adalah bekas kelas PMV5.

























Rajin kan Penuntut PRS...

































































































































AKTIVITI PENUNTUT PRS

Penuntut PRS membuat aktiviti pengubahsuai noticeboard pada 28hb Julai 2010.














Rabu, 28 Julai 2010

RESIPI KEJAYAAN

Resepi Kejayaan


Bahan-bahannya;
· 250 gm Daya usaha
· 100 gm Kesabaran
· 100 gm Keimanan
· 190 gm Keinsafan
· 150 gm Pengorbanan
· 150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan
yang baik dan sempurna )
· 8 sudu teh rasa tanggungjawab
· 200 gm senyum secukup rasa


Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakannya dengan baik.

PENGURUSAN MASA

Rahsia-rahsia di Balik pengurusan masa pelajar cemerlang.

1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar
secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis
dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10.Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11.Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20.Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

* MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG MASA BELAJAR WAKTU SUBUH.

TEKNIK BELAJAR SQ3R

TEKNIK BELAJAR SQ3R

S - Survey atau tinjauan
Q - Question atau soalan
R - Read atau membaca
R - Recite atau menghafal
R - Review atau mengulang

Survey (Tinjauan)

Di peringkat permulaan, pelajar akan membaca sesuatu bab pelajaran secara sepintas lalu. Dia akan membaca tajuk, tajuk kecil serta ringkasan pada akhir bab. Ini dilakukan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi sesuatu bab itu.

Question (Menyoal)

Pelajar perlu membentuk soalan-soalan sebelum membaca sesuatu bab pelajaran dengan teliti. Soalan-soalan berbentuk apa, mengapa, bagaimana, di mana dan bila. Soalan-soalan seperti ini akan mendorong pelajar untuk mencari jawapan ketika mereka membaca.

Read (Membaca)

Di peringkat ini, pelajar mula membaca dan memahami apa yang dibaca. Dia perlu mencari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang dibentuk awal. Perhatian hendaklah diberi kepada jadual, rajah atau apa saja ilustrasi.

Recite (Melafaz)

Setelah memahami apa yang dibaca, barulah pelajar akan cuba melafaz isi-isi penting yang terkandung dalam satu-satu bab. Pelajar akan menggunakan isi-isi ini di dalam dewan peperiksaan nanti.

Review (Mengulangkaji)

Sebelum pelajar menutup buku, dia perlu mengulangkaji sekali lagi isi-isi penting. Elok lagi andaikata pelajar dapat mencatat isi-isi itu pada kad-kad ulangkaji. Rajah-rajah penting boleh dicatat. Teknik mengulangkaji seperti ini akan meneguhkan lagi daya ingatan pelajar.

Teknik-teknik Mendengar Secara Berkesan

1. Ketika guru mengajar, pelajar hendaklah mendengar dengan teliti.

2. Pupuk minat terhadap setiap tajuk pelajaran.

3. Beranikan diri untuk menyoal sekiranya tidak memahami sesuatu.

4. Disiplinkan diri ketika guru sedang mengajar.

5. Renung kearah muka rakan yang sering berbual-bual.

6. Minda terbuka adalah perlu bagi memahami setiap perkara yang
diterangkan.

7. Catat isi-isi penting yang ditekankan oleh guru.

Teknik Meningkatkan Daya Ingatan

1. Pastikan apa yang dibaca itu difahami.

2. Isi-isi penting seharusnya dihafal secara bersuara.

3. Buat satu kepastian untuk mengingati fakta-fakta penting.

4. Uji diri sendiri.

5. Ulangkaji pelajaran beberapa kali.

6. Gunakan teknik meemonik.

7. Tampal isi-isi penting setiap tajuk di dinding.


Petua mudah mengingat

Jangan suka makan kepala ikan.

Jangan makan makanan dan minum air yang telah dimasuki serangga/semut.

Jangan makan organ dalaman.

Elakkan minum ketika sedang makan.

Makan apabila lapar dan berhentilah sebelum kenyang.

Teknik-teknik Membaca Secara Berkesan

1. Pastikan tempat membaca bebas daripada kebisingan.

2. Lampu cukup terang.

3. Udara hendaklah mencukupi.

4. Mempunyai kipas jika tidak ada hawa dingin.

5. Elakkan daripada berbaring, Duduk tegak.

6. Hendaklah membaca dengan fokus.

7. Pada peringkat permulaan, baca sepintas lalu untuk mendapat
gambaran menyeluruh.

8. Wujudkan beberapa soalan sebelum membaca.

9. Sediakan kamus ketika membaca. Cari makna yang susah.

10. Tandakan isi-isi penting dengan “highlighter” kuning.

11. Baca cepat dengan mata sahaja bergerak.

12. Tumpukan pertengahan ayat pendek agar pelajar dapat membaca
dengan cepat.

13. Pastikan badan pelajar segar ketika membaca.

14. Membaca dengan konsisten.

15. Membuat rumusan dan ulangan.

9 SIFAT PELAJAR CEMERLANG

9 SIFAT ATAU CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG.

AMANAH

Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakan. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau mengambil hak oranglain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.

BIJAK

Pelajar yang cemerlang bijak menguruskan diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber disekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yan ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta memperlajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

CERGAS

Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta mebuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuat dirinya lebih berdisiplin, sihat dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

DEDIKASI

Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan itizam untuk mencapai hasil yang terbaik.

ELOK

Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibubapa serta keluarganya.

FAHAM

Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya yang kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

GIGIH

Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat sehingga kadang-kadang tidak menyedari yang masa sudah berlalu begitu lama. Ia seronok belajar setiap matapelajaran. Ia bijak dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

HASRAT

Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan Berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

IMAN

Pelajar yang cemerlang taat kepada perintah Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan norma-norma kehidupan iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang Negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

CIRI-CIRI SDS


REALISTIK [R]

· Individu ini suka akan kerja-kerja R seperti mekanik, motor, tukang kayu,
juruelektrik, tukang masak, dan penternak.
· Individu berpersonaliti R biasanya mempunyai kemahiran mekanik dan
keupayaan fizikal. Orang jenis R suka bekerja di luar dan mereka suka
bekerja menggunakan peralatan mesin.
· Individu R lebih suka menggunakan peralatan berbanding bergaul dengan
orang lain.
· Individu R bersifat ikhlas, rendah diri, praktikal bersahaja, pemalu dan jimat
cermat.

INVESTIGATIF [I]

· Individu ini suka bekerja dalam bidang penyelidikan seperti pembantu
makmal, inspektor produk, juruteknik perubatan.
· Individu I biasanya mempunyai kemahiran matematik dan sains. Mereka
suka bekerja bersendirian dan suka menyelesaikan masalah.
· Individu jenis I lebih suka melibatkan idea berbanding manusia dan benda.
· Individu I mempunyai sifat logik, ingin tahu, ketepatan, bijak berhati-hati dan
berdikari.

ARTISTIK [A]

· Individu A suka akan kerja-kerja seni seperti pemain muzik, penyanyi dan
pelelong.
· Mereka biasanya mempunyai kebolehan dalam bidang seni, hasil kerja
mereka berbeza dari kebiasaan dan mempunyai pemikiran yang kreatif.
· Individu A secara umumnya lebih gemar tugas yang melibatkan idea
berbanding benda-benda.
· Individu A lazimnya bersikap terbuka, imaginatif dan original.

SOSIAL [S]

· Individu S suka akan kerja-kerja sosial seperti guru, pelayan restoran,
makanan segera, kaunselordan jururawat.
· Individu S ini suka berada bersama orang lain.
· Mereka berminat untuk mengetahui tentang perhubungan sesama insan.
· Individu S ini suka bekerja dengan orang ramai berbanding dengan benda.
· Mereka ini suka membantu, bertanggungjawab, mesra, bekerjasama,
idealistik, peramah, baik hati, pemurah & penyabar.

ENTERPRISING [E]

· Individu E suka akan bidang keusahawanan seperti jurujual, pelayan, agen
pelancongan, penyelia & pengurusan kedai.
· Individu jenis E mempunyai keupayaan memimpin dan berucap. Mereka
berminat dalam wang dan politik.
· Individu E ini suka mempengaruhi orang lain.
· Mereka lebih suka bekerja dengan orang ramai dan idea berbanding
dengan benda.
· Individu E bersifat peramah, suka menerima cabaran, cergas, optimistik,
mudah bersetuju, suka bergaul, berkeyakinan tinggi dan bercita-cita tinggi.

CONVENSIONAL [C]

· Individu C suka akan kerja-kerja C seperti juruwang, setiausaha setiausaha,
kerani pejabat dan kakitangan penyelidikan.
· Individu C mempunyai kemahiran perkeranian dan pengiraan.
· Mereka suka kerja-kerja pejabat dan gemar merancang.
· Mereka suka akan tugasan melibatkan perkataan dan nombor.
· Individu C disifatkan sebagai penurut, praktikal, berhati-hati, berjimat
cermat, teratur dan tekun.

LAWATAN KERJAYA

LAWATAN KERJAYA KE POLIS