I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 28 Julai 2010

9 SIFAT PELAJAR CEMERLANG

9 SIFAT ATAU CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG.

AMANAH

Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakan. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau mengambil hak oranglain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.

BIJAK

Pelajar yang cemerlang bijak menguruskan diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber disekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yan ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta memperlajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

CERGAS

Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta mebuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuat dirinya lebih berdisiplin, sihat dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

DEDIKASI

Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan itizam untuk mencapai hasil yang terbaik.

ELOK

Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibubapa serta keluarganya.

FAHAM

Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya yang kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

GIGIH

Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat sehingga kadang-kadang tidak menyedari yang masa sudah berlalu begitu lama. Ia seronok belajar setiap matapelajaran. Ia bijak dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

HASRAT

Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan Berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

IMAN

Pelajar yang cemerlang taat kepada perintah Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan norma-norma kehidupan iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang Negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan