I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 28 Julai 2010

TEKNIK BELAJAR SQ3R

TEKNIK BELAJAR SQ3R

S - Survey atau tinjauan
Q - Question atau soalan
R - Read atau membaca
R - Recite atau menghafal
R - Review atau mengulang

Survey (Tinjauan)

Di peringkat permulaan, pelajar akan membaca sesuatu bab pelajaran secara sepintas lalu. Dia akan membaca tajuk, tajuk kecil serta ringkasan pada akhir bab. Ini dilakukan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi sesuatu bab itu.

Question (Menyoal)

Pelajar perlu membentuk soalan-soalan sebelum membaca sesuatu bab pelajaran dengan teliti. Soalan-soalan berbentuk apa, mengapa, bagaimana, di mana dan bila. Soalan-soalan seperti ini akan mendorong pelajar untuk mencari jawapan ketika mereka membaca.

Read (Membaca)

Di peringkat ini, pelajar mula membaca dan memahami apa yang dibaca. Dia perlu mencari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang dibentuk awal. Perhatian hendaklah diberi kepada jadual, rajah atau apa saja ilustrasi.

Recite (Melafaz)

Setelah memahami apa yang dibaca, barulah pelajar akan cuba melafaz isi-isi penting yang terkandung dalam satu-satu bab. Pelajar akan menggunakan isi-isi ini di dalam dewan peperiksaan nanti.

Review (Mengulangkaji)

Sebelum pelajar menutup buku, dia perlu mengulangkaji sekali lagi isi-isi penting. Elok lagi andaikata pelajar dapat mencatat isi-isi itu pada kad-kad ulangkaji. Rajah-rajah penting boleh dicatat. Teknik mengulangkaji seperti ini akan meneguhkan lagi daya ingatan pelajar.

Teknik-teknik Mendengar Secara Berkesan

1. Ketika guru mengajar, pelajar hendaklah mendengar dengan teliti.

2. Pupuk minat terhadap setiap tajuk pelajaran.

3. Beranikan diri untuk menyoal sekiranya tidak memahami sesuatu.

4. Disiplinkan diri ketika guru sedang mengajar.

5. Renung kearah muka rakan yang sering berbual-bual.

6. Minda terbuka adalah perlu bagi memahami setiap perkara yang
diterangkan.

7. Catat isi-isi penting yang ditekankan oleh guru.

Teknik Meningkatkan Daya Ingatan

1. Pastikan apa yang dibaca itu difahami.

2. Isi-isi penting seharusnya dihafal secara bersuara.

3. Buat satu kepastian untuk mengingati fakta-fakta penting.

4. Uji diri sendiri.

5. Ulangkaji pelajaran beberapa kali.

6. Gunakan teknik meemonik.

7. Tampal isi-isi penting setiap tajuk di dinding.


Petua mudah mengingat

Jangan suka makan kepala ikan.

Jangan makan makanan dan minum air yang telah dimasuki serangga/semut.

Jangan makan organ dalaman.

Elakkan minum ketika sedang makan.

Makan apabila lapar dan berhentilah sebelum kenyang.

Teknik-teknik Membaca Secara Berkesan

1. Pastikan tempat membaca bebas daripada kebisingan.

2. Lampu cukup terang.

3. Udara hendaklah mencukupi.

4. Mempunyai kipas jika tidak ada hawa dingin.

5. Elakkan daripada berbaring, Duduk tegak.

6. Hendaklah membaca dengan fokus.

7. Pada peringkat permulaan, baca sepintas lalu untuk mendapat
gambaran menyeluruh.

8. Wujudkan beberapa soalan sebelum membaca.

9. Sediakan kamus ketika membaca. Cari makna yang susah.

10. Tandakan isi-isi penting dengan “highlighter” kuning.

11. Baca cepat dengan mata sahaja bergerak.

12. Tumpukan pertengahan ayat pendek agar pelajar dapat membaca
dengan cepat.

13. Pastikan badan pelajar segar ketika membaca.

14. Membaca dengan konsisten.

15. Membuat rumusan dan ulangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan